Wednesday, May 18, 2016

Sejarah GMIB.

SEJARAH GMIB.


Pada mulanya GIATMARA ini dikenali sebagai Giatmara Ipoh Timur yang beralamat di No.5, Jalan Zarib 8, Kawasan Perindustrian Zarib, 31500 Lahat dan telah mula beroperasi pada bulan Jun 2004 dengan jumlah kakitangan seramai 7 orang. Pengambilan pelatih sulung adalah pada sesi Julai-Disember 2004 iaitu seramai 14 orang pelatih telah berpeluang mengikuti latihan dalam bidang TSK (Teknologi Sistem Komputer). Seterusnya, jumlah kemasukan pelatih meningkat kepada 21 orang pada sesi Januari-Jun 2005 dan 28 orang telah dipilih untuk pengambilan sesi Julai-Disember 2005.
      Kini, GIATMARA ini telah bertukar nama kepada Giatmara Ipoh Barat yang berlokasi di No.155, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak yang mula dinaiktaraf pada tahun 2006 hingga sekarang. Pada hari ini, jumlah pengambilan pelatih menjadi semakin meningkat seramai 49 orang pelatih yang sedang menjalani latihan bagi sesi Januari-Jun 2016.


Sesi Jan-Jun 2016


Pelatih GMIB bengkel A sesi Jan-Jun 2016.






Pelajaran & Pembelajaran.

PELAJARAN & PEMBELAJARAN.


Kursus IT yang kami pelajari adalah untuk menjamin masa depan kami. Kursus IT boleh membuat seseorang itu lebih tahu dengan lebih mendalam tentang kursus IT. Kursus IT juga mempuyai modul yang perlu dibuat. Modul tersebut mempuyai sebanyak 10 modul. Bidang IT juga mempuyai Penilaian Amali Modul ( PAM ) untuk meguji apa yang telah kita pelajari dalam masa seminggu. Kursus IT mempunyai kerja-kerja kursus seperti membuka pasang komputer, sever internet, IP kamera dan sebagainya. Bidang Komputer sangat bagus untuk remaja dan orang dewasa yang ingin tahu dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu komputer. Bidang komputer ini akan membuat seseorang itu mempuyai masa depan yang cerah dalam bidang IT.











Tuesday, May 17, 2016

Aktiviti Sesi Januari-Jun 2016.

Aktiviti Sesi Januari-Jun 2016.


Giatmara Ipoh Barat sesi Januari-Jun 2016 menganjurkan pelbagai aktiviti seperti :-


1) Portluck di Taman DR.





2) Bowling di Ampang Superbowl, Ipoh Parade.


3) Bergotong-royong di Masjid Kg.Paloh.






4) Running Giat di Taman DR.





Hubungi Kami.

Hubungi Kami



LOKASI GIATMARA IPOH BARAT


NO 155, JALAN DATO' ONN JAAFAR, 30300 IPOH, PERAK


05-2497717





JIKA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE GIATMARA IPOH BARAT SESI PERTAMA JANUARI-JUN & SESI KEDUA JULAI-DISEMBER, SILA HUBUNGI GIATMARA IPOH BARAT ATAU BOLEH TERUS KE PEJABAT GIATMARA IPOH BARAT UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN. SEKIAN TERIMA KASIH.

Pengalaman Di GMIB.

Pengalaman Di Giatmara Ipoh Barat.

ASSALAMUALAIKUM 

Saya Sitinurfaiezah Binti Mohd Faiyruzz. Berumur 18 tahun. Saya belajar di Giatmara Ipoh Barat. Pengalaman saya di Giatmara selama 5 bulan amat menyeronokkan bagi saya. Banyak yang saya pelajari daripada guru dan rakan-rakan yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang IT. Saya amat gembira dapat mempelajari tentang ilmu IT kerana ia dapat membantu saya untuk masa hadapan apabila bekerja nanti. Saya ingin megetahui lebih mendalam tentang ilmu IT. Giatmara juga menganjurkan banyak aktiviti yang amat menyeronokan dan tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila .
Saya tidak akan melupakan pegalaman saya sepanjang berada di Giatmara. 

 Sekian Terima Kasih :)